Daisypath - Personal picture

Monday, August 16, 2010

Ramadhan 1431H

Alhamdulillah... sempat menyambut ramadhan karim tahun 1431H ini. tetapi kali ini cukup berbeza kerana melayari baitul muslim yang seusia 9 bulan hijriah.
Ramadhan ini diisi dengan amal ibadah. segala nya boleh berjamaah.
Ramadhan penuh barakah. amalan fadhu berlipat kali ganda pahala nya, amalan sunat pahalanya seperti buat amalan fardhu. begitulah kasih dan sayang Allah kepada kita hambaNYA.
rugi kita tidak menyahut seruanNYA.

RAMADAHAN ini medan tarbiyyah buat semua aktivis islam. mendidik jiwa dan rohani. agar terus tetap dijalan perjuangan..

semoga ini bukan ramadhan yang terakhir.

alhafiz adzhan

Sunday, July 4, 2010

MUSLIMAH SEBAGAI ISTERI IBU DALAM PERJUAANGAN ISLAM

http://serikandipas.blogspot.com/2010

Ahad, 2010 Julai 04



Wanita Islam taat kepada suaminya bukanlah kerana didorong oleh perasaan rendah diri atau terpaksa, tetapi ia diterima dengan ikhlas hati dan suami diletakkan sebagai pembimbing terbaik. Asma binti Yazid seorang wanita Ansar yang mahsyur, terkenal kerana kepetahan berbicara telah mengetuai beberapa orang wanita untuk memberitahu Rasulullah s.a.w akan kekecewaan mereka kerana kelebihan ganjaran kepada lelaki. Beliau mempersoalkan bahawa lelaki mempunyai peluang lebih untuk mendapat pahala melalui solat jumaat, solat jamaah, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah dan melibatkan diri dalam jihad. Sedangkan kaum muslimah tidak dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ke dalam amalan-amalan tersebut. Rasulullah s.a.w memberikan jawapan yang sangat mudah tetapi mempunyai makna yang sangat tinggi, iaitu jika wanita tersebut menyintai suaminya, menggembirakannya dan mentaatinya, ia juga akan menerima ganjaran yang sama seperti yang di dapati oleh lelaki.



Seorang isteri yang beragama Islam amat mengambil berat akan kesihatan jiwa suaminya di samping menjaga keselesaan hidupnya. Muslimah mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya. Berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah isteri pejuang Islam menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam. Janganlah memberatkan suami dengan perkara remeh-temeh. Jika boleh, urusan yang dapat diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. Mereka juga hendaklah melatih diri sebagai isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran.



Ummu Sulaim biti Malhan ibu kepada Anas bin Malik mempunyai anak lelaki yang sakit tenat. Sedang suaminya solat Asar di masjid, anak mereka meninggal dunia. Ia tidak memanggil suaminya, sebaliknya menunggu sehinggalah suaminya pulang. Ketika pulang, suaminya membawa beberapa orang teman. Ummu Sulaim menahan dirinya dan menyediakan makanan untuk tetamunya. Kemudian apabila ditanya oleh suaminya akan kesihatan anaknya, ia menjawab lebih sihat dari sebelumnya. Tetapi setelah keadaan tenang, barulah diberitahu keadaan yang sebenarnya. Demikianlah contoh seorang isteri dan ibu yang tenang dalam menghadapi keadaan yang gawat.



Wanita Islam juga mestilah sentiasa berhati-hati dalam memilih calon suami. Janganlah jadikan alasan suami membuatkan muslimah berundur selangkah demi selangkah dari medan perjuangan Islam. Pilihlah calon suami yang bakal menjadi pendorong dan sumber inspirasi dalam perjuangan Islam. Suami yang dapat memberi kerjasama dalam rumahtangga dan perjuangan Islam. Ibarat kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagaimana Ummu Sulaim enggan menerima lamaran Abu Talhah kerana ia masih percaya kepada jahiliyyah. Ia menyuruh Abu Talhah meninggalkan alam jahiliyyah dan memeluk agama Islam. Gesaan ini memberi kesedaran kepada Abu Talhah dan akhirnya memilih Islam dan Ummu Sulaim.



Ketaatan kepada Islam menjadikan wanita Islam ibu yang baik. Ia mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Sikap keibuan bagi seorang wanita adalah punca utama melahirkan akhlak yang baik kepada anak-anak. Sebagai seorang ibu yang terlibat dalam harakah Islamiyyah, seawajarnya mereka menjelaskan kepada anak-anak tentang penglibatan mereka tersebut, yakni tuntutan terhadap mengintimakan (menyertai) jamaah Islam, supaya anak-anak mereka faham kegiatan-kegiatan ibu mereka yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan peranan mereka sebagai ibu di dalam dunia rumahtangga. Muslimah seharusnya menanamkan sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil.

Begitu juga mereka sewajarnya menjadi seorang ibu yang dapat meniup roh perjuangan Islam ke dalam diri anak-anak. Seharusnya ibu-ibu muslimah sentiasa mendedahkan kepada anak-anak setiap aktiviti dalam kegiatan harakah. Anak-anak patut dibawa bersama-sama menghadiri rehlah, perkhemahan, jambori amal, ceramah dan muktamar mahu pun lain-lain program parti dan jamaah.

Sunday, May 30, 2010

IKUT ISLAM ATAU IKUT SYAITAN? Judi ikut syaitan.







Judi samada ada lesen atau tak ada lesen tetap HARAM. Judi bola sepak haram, judi bola apapun haram. Pada negeri-negeri yang mengharamkan judi bola sepak baguslah dan tahniah, namun judi-judi lain juga wajib diharamkan. tk

Thursday, January 14, 2010

Tanggungjawab Isteri Dan Hak Suami

Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:

  1. Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
  2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

gambar : suami isteri contoh

4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.

5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

6. Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.

7. Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.

8. Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.

9. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

Wednesday, January 13, 2010

Alhamdulillah

"Aku terima nikahnya...."

salaman pertama

Assalamu'alaikum..sahabat-sahabat. kami baru berkesempatan untuk merakamkan gambar untuk tatapan sahabat-sahabat yang datang dan yang tidak datang. Yang tidak dapat datang, moga doa kalian mengiringi kami..

maaf, hanya ini yang kami dapat sajikan untuk tatapan semua. Ada masalah sedikit dengan gambar-gambar kami. Walimah kami alhamdulillah, sederhana tapi moga Allah berkati..kedua-dua warna tema adalah warna kegemaranku

Tema Hijua..di Kg Bukit Tempurung, Juasseh, Kuala Pilah 20 Disember 2009 (gambar belah suami)


Tema Ungu.. Di Taman Seri Andalas, Klang pada 26 Disember 2009 (gambar belah suami)


Belah suami lagi

Ini baru separuh belah saya (ramai yang tidak datang)


Dengan adik-adik ipar yang havoc that time n sporting..caya lah !!

Selepas telah bertukar status, kehidupan juga akan berubah, bermakna jadual kehidupan makin rumit. Tetapi, rumit jika kita tidak bertolak ansur dalam melayari bahtera rumahtangga ini. Jadi kepada mereka yang ingin mendirikan rumahtangga perlu bersedia fizikal, mental dan emosi ye. Bukan sebelum berkahwin sahaja, tetapi setelah kahwin juga perlu, malah kena lebih lagi setelah berkahwin.

alfath : Doakan kami ye, sahabat-sahabat! Luv You All

Monday, December 7, 2009

Permulaan Bagi K.A.M.I

Salam Ta'zim, dengan ini saya menjemput semua sahabat sahabiah saya ke walimah saya. Tarikh dan tempat seperti peta di bawah ini.


Perkahwinan ini adalah fitrah, jadi kita sebagai manusia perlu bijak untuk mengendalikan perkahwinan yang telah dianugerahkan kepada kita. Doakan yang terbaik buat kami

Wednesday, November 11, 2009

Salam perjuangan..

salam perkenalan..
"xkenal , maka xcinta"